BERITA TERKINI


Tabung G7 FSMI

MATLAMAT TABUNG
 

Matlamat tabung ini ialah memberikan peluang kepada ahli G7 untuk mendapat pendapatan segera beserta pendapatan bulanan yang dibayar sebanyak 2 kali.

KEISTIMEWAAN TABUNG

  1. Program ini adalah hasil usahasama dengan pihak Dyna Dollars yang mana Sistem Kewangan mereka digunapakai oleh G7.
  2. Tabung G7 FSMI adalah hakmilik eksklusif G7 dan tidak boleh digunakan oleh mana-mana kumpulan lain baik di Malaysia mahupun di luar negara tanpa kebenaran G7.
  3. Butiran mengenai tabung ini telah dimuktamadkan dan telah dimulakan pada 8hb Januari 2014.
  4. G7 menggunakan konsep teras iaitu permuafakatan dalam sistem tabung ini di mana ahli yang mendaftar lebih awal akan dipotong pendapatan mereka dan akaun-akaun baru akan didaftarkan di level paling bawah.
  5. Tujuan adalah untuk membantu ahli-ahli baru yang telah membantu ahli di atas menerima pendapatan dan ini adalah satu cara mengucapkan terima kasih kepada mereka.

SYARAT PENYERTAAN

  1. Untuk mendaftar dalam program ini, seseorang itu perlu sudah menjadi ahli G7.
  2. Ahli perlu membayar RM160 dan sekiranya ingin mendaftar akaun tambahan, setiap pendaftaran mestilah bersama pendaftaran baru di G7.
  3. Ahli baru perlu membayar RM260.
  4. Bayaran mestilah dilakukan kepada Gold Cable Hosting Services.
  5. Bukti bayaran beserta Borang Pendaftaran perlu dihantar bersama-sama kepada Pentadbir program G7.

SISTEM TABUNG
Tabung ini mempunyai 2 ciri - bayaran sertamerta dan bayaran bulanan sebanyak 2 kali.

Bayaran Sertamerta

  1. Ahli dibayar 7 level. Untuk level 1 & 2, ahli dibayar RM2 setiap level dan level 3 hingga 7, ahli dibayar RM1 setiap level.
  2. RM20 yang pertama akan dimasukkan ke dalam sistem maintenance untuk pendapatan bulanan ahli.
  3. Bayaran RM100 yang seterusnya boleh diambil oleh ahli. Bayaran ini dilakukan dalam 3 peringkat: 1 – RM25, 2 – RM35 dan 3 – RM40.
  4. RM60 seterusnya akan digunakan untuk mendaftar 4 akaun baru ahli.
  5. Bayaran RM100 dan potongan RM60 akan berselang-seli sehingga habis peruntukkan sebanyak RM20,000.00 untuk setiap akaun.
  6. Secara keseluruhan, anda akan menerima wang tunai sebanyak RM14,000.00 dan 400 akaun baru.
 



























Bayaran Bulanan

  1. Bayaran ini dilakukan pada setiap 2 dan 12hb, setiap bulan.
  2. Ahli akan dibayar mengikut kiraan yang sama dengan Bayaran Sertamerta, sebanyak  7 level
  3. Pada setiap tarikh kiraan, pendapatan ahli akan dipotong RM10 untuk maintenance pada tarikh bayaran seterusnya.
  4. Bayaran maksima untuk setiap akaun ialah RM20,000.00.
 






























PENGURUSAN AKAUN
  1. Ahli akan didaftarkan dalam jaringan susunan auto 1 x 4 mengikut siapa yang lebih cepat membuat bayaran lengkap ke Gold Cable.
  2. Setiap pendaftaran mengandungi set 8 akaun.
  3. Semua akaun tidak menggunakan nama tetapi hanya menggunakan angka giliran yang juga merupakan ID ahli.
  4. 1 akaun akan diuruskan oleh jawatankuasa G7 dan baki 7 akaun diurus sendiri oleh ahli;
    • Akaun yang diuruskan oleh jawatankuasa hanyalah akaun pertama sahaja. Semua akaun yang terbit hasil pendaftaran secara auto oleh sistem akan menjadi hak milik ahli semula.
    • Tujuan jawatankuasa mengawal akaun ini untuk membolehkan ahli didaftarkan ke dalam program-program yang dirancang oleh G7 untuk kebaikkan ahli,
    • Selain program, G7 juga akan mendaftar ahli dalam industri  perkhidmatan seperti Insurans dan sebagainya,
    • Ia juga akan digunakan untuk menampung program latihan yang bersesuaian di mana ahli tidak perlu membuat sebarang bayaran dan
    • Membolehkan G7 merancang program-program anugerah seperti pelancongan, kereta dan sebagainya.
  5. Memandangkan ahli akan memiliki banyak akaun hasil terbitan melalui potongan pendapatan, semua pendapatan ahli akan disalurkan ke dalam 1 akaun induk dan ahli hanya perlu mengawal akaun induk ini sahaja dan boleh memantau kemajuan pendapatan melalui penyata yang disediakan di dalam e-wallet. Oleh kerana akaun 1 ahli akan diuruskan oleh jawatankuasa G7, akaun induk ahli ialah akaun ke2.